Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menggunakan kekerasan...
APABILA perasaan marah mula menguasai diri, kita mula hilang pertimbangan. Kadangkala tempiasnya terkena pada orang sekeliling.
Suami, isteri atau anak di sisi mungkin jadi tempat melampiaskan amarah itu. Mereka mungkin mereka jadi sasaran amukan 'tangan' kita.
Dalam hal ini, kita perlulah bersikap rasional, bertenang dan contohi sikap Nabi SAW.
Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja khasnya terhadap golongan yang lemah seperti wanita dan khadam.
Baginda SAW tidak pernah menuntut bela terhadap apa-apa kejadian ke atas dirinya, melainkan segala pembelaan itu adalah kerana ALLAH SWT sahaja.
Daripada Aishah RA katanya: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan ALLAH SWT, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Baginda akan menuntut bela kerana ALLAH SWT.” (Riwayat Muslim).
Justeru, umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati di dalam tindakan terhadap sesuatu kecuali di dalam menegakkan agama ALLAH SWT.
Melalui hadis ini beberapa pengajaran boleh diamalkan antaranya belas kasihan, berhati-hati, bertimbang-rasa, bersatu-padu dan peka terhadap soal keagamaan.
Mari sama-sama kita amalkan. Semoga ia memberi manfaat buat kita.
(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!