Bajet sembilan kementerian dilulus di peringkat jawatankuasa

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggaran perbelanjaan mengurus bagi sembilan kementerian dalam Bajet 2022 diluluskan di peringkat jawatankuasa sepanjang persidangan Dewan Rakyat minggu ini.

Ia melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Belia dan Sukan; Sumber Manusia; Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Pengangkutan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Pembangunan Luar Bandar; Wilayah Persekutuan serta Alam Sekitar dan Air.

Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa dijadual berlangsung sehingga 13 Dis. Rang undang-undang itu diluluskan di peringkat dasar pada 18 November lepas.

Dalam pada itu, isu kenaikan harga barangan keperluan harian menjadi antara fokus sidang Dewan Rakyat minggu ini.

Selain isu itu dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen pada sesi soal jawab, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) turut mengemukakan usul berhubung perkara berkenaan yang kemudian dibahas pada sesi Kamar Khas pada Khamis (2 Disember).

Sementara itu, 25 kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan berkala di Parlimen pada Isnin (29 Nov) berkemungkinan besar varian Delta.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan tiada keperluan untuk menutup sidang Parlimen meskipun terdapat kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan warga Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!