22.7 juta individu dewasa negara lengkap divaksin

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 97 peratus atau 22,707,144 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Khamis.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.4 peratus atau 23,039,780 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.3 peratus atau 2,716,048 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,826,761 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 150,357 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,649 suntikan dos lengkap, 5,408 dos pertama dan 136,300 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,828,128 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,728,294. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!