Bajet 2022 ringankan beban kami

Raja Norhayati bersama suami dan enam orang anaknya.
Raja Norhayati bersama suami dan enam orang anaknya.
A
A
A

Lebih ramai golongan B40 bakal menerima manfaat menerusi peruntukan RM2.4 bilion, dalam bentuk Bantuan Keluarga Malaysia daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seperti yang umumkan kerajaan dalam Bajet 2022.

Peruntukan itu bakal memanfaatkan lebih 440,000 isi rumah selepas syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 PGK 2016, sebelum ini.

Merujuk statistik Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM), kemiskinan mutlak adalah pada kadar 5.6 peratus, melibatkan 405,441 isi rumah, pada tahun 2019 berbanding 7.6 peratus meliputi 525,743 isi rumah pada tahun 2016.

Kadar kemiskinan bandar adalah 3.8 peratus manakala kadar kemiskinan luar bandar pada 12.4 peratus bagi tahun 2019.

Selain bantuan kebajikan, kerajaan turut memperuntuk sejumlah RM400 juta kepada pelajar B40 menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Ia bertujuan bagi memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, mendapat kandungan khasiat harian untuk pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh.

Pada 20 Januari tahun lalu, seramai 4,000 pelajar melibatkan 100 buah sekolah di seluruh negara terpilih sebagai peserta program penambahbaikan RMT.

Artikel Berkaitan:

Tanda prihatin

No Image Caption

Rata-rata golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), menyifatkan bantuan tunai yang diterima sebelum ini meringankan beban yang ditanggung.

Setiap bantuan tunai yang diterima digunakan untuk membeli barangan keperluan harian dan juga bayaran bil utiliti.

Seorang penerima bantuan, Raja Norhayati Raja Husain, 38, berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap golongan terjejas sepertinya.

Ibu enam anak itu menggunakan bantuan BSH dan BKC sebelum ini bagi menampung keperluan harian termasuk membeli susu formula untuk anaknya.

“Saya juga menggunakan wang BSH dan BKC untuk membeli telefon terpakai sebagai persediaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) agar anak-anak tidak ketinggalan," kata suri rumah ini.

Tiga daripada enam anaknya turut menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah, sekali gus membantu mengurangkan kos perbelanjaan anak-anak.

Khairudin bersama isteri, Zaiton Yahya, 64 dan anaknya yang OKU, Khairunisa Khairudin berusia 33 tahun.
Khairudin bersama isteri, Zaiton Yahya, 64 dan anaknya yang OKU, Khairunisa Khairudin berusia 33 tahun.

Khairudin Bujang, 66, yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) bersyukur atas bantuan RM1,000 menerusi BSH memandangkan beliau sudah tidak lagi bekerja dan hanya bergantung kepada duit pencen yang diterimanya.

“Saya lega apabila menerima BSH. Kerajaan sudah cukup prihatin dan mendengar keluhan rakyat walaupun ekonomi negara terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, ibu tunggal, Loo Ying, 77, pula bergantung kepada BSH yang diterima mendiang suaminya yang meninggal akibat Covid-19 enam bulan lalu.

Loo Ying (kanan) bersama anak perempuannya, Sandy Chua.
Loo Ying (kanan) bersama anak perempuannya, Sandy Chua.

“Anak saya sudah memohon bantuan khas bagi kematian akibat Covid-19, dan kami kini menunggu keputusan permohonan itu.

“Apa-apapun saya sangat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan sebelum ini dan akan datang. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat B40 yang terkesan,” ujar Ying.

Ibu tunggal kepada dua orang anak perempuan, Prema Pannirselvam, 40, turut memperoleh bantuan daripada kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1,200 dan terbaharu Prema turut menerima BKC sebanyak RM500.

Prema (tengah) bersama dua puterinya, Mangaikarasee Tiyagarajah (kiri) dan Darshainee Tiyagarajah (kanan).
Prema (tengah) bersama dua puterinya, Mangaikarasee Tiyagarajah (kiri) dan Darshainee Tiyagarajah (kanan).

“Menerusi bantuan seperti BPR dan BKC ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban saya untuk menampung keperluan dua anak, Mangaikarasee Tiyagarajah, 13, dan Darshainee Tiyagarajah,15, yang masih bersekolah.

“Kedua-dua anak saya juga pernah mendapat bantuan RMT. Ini sedikit sebanyak membantu meringankan pemberian wang belanja sekolah,” ujar Prema.

Ditanya mengenai kegunaan wang yang dibelanjakan menerusi BPR dan BKC, Prema memberitahu, ia digunakan untuk membayar sewa rumah, bil utiliti selain membeli barangan keperluan asas.

Prema (kanan) ketika ditemui di rumahnya.
Prema (kanan) ketika ditemui di rumahnya.

“Saya juga menggunakannya sebagai modal jualan secara kecil-kecilan dengan berniaga nasi lemak, bihun dan juga dosey.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan bantuan. Ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dan menjaga kebajikan rakyat lebih-lebih sewaktu pandemik Covid-19 masih melanda ketika ini,” katanya.

INFO GRAFIK

No Image Caption

Bantuan Keluarga Malaysia - RM8.2 bilion

Bantuan Kebajikan JKM - RM2.4 bilion

- Manfaat lebih 440,000 isi rumah

- Kumpulan sasar:

- Bantuan Kanak-kanak
- Bantuan Warga emas
- Bantuan OKU tidak bekerja
- Bantuan Am Persekutuan

RMT - RM400 juta

BKM ibu tunggal – RM500 (tambahan)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!