Program pemutihan kilang tanpa kebenaran jana hasil RM76 juta
SHAH ALAM - Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) berjaya menjana hasil sebanyak RM76 juta sekali gus menjadi satu pendapatan baharu kepada kerajaan Selangor.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, perkara itu seperti disebutkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan Belanjawan Selangor baru-baru ini.
"Ini telah menjadi satu sumber pendapatan baharu bagi kerajaan negeri yang kemudian akan memanfaatkan rakyat Selangor.
"Bagaimanapun, program KTK tamat pada 31hb Disember 2020 dan tidak diteruskan lagi," katanya ketika sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke -14 di sini, pada Jumaat.
Sze Han yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) mengenai jumlah hasil diterima menerusi program KTK mulai tahun 2005 sehingga 2021 dan sama ada kerajaan Selangor akan meneruskan program itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!