Penduduk kawasan rendah di Rantau Panjang perlu siap sedia

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang sedang melalukan tinjauan di Sungai Golok yang kini sudah mencecah paras amaran 8.31 meter.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang sedang melalukan tinjauan di Sungai Golok yang kini sudah mencecah paras amaran 8.31 meter.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di sini diingatkan bersiap sedia menghadapi banjir susulan peningkatan air Sungai Golok akibat hujan yang tidak menentu sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, persiapan awal penting bagi memastikan tugas pemindahan mangsa berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Kita sudah melakukan pemantauan dari masa ke masa untuk melihat tren terkini kenaikan paras air Sungai Golok bagi memudahkan sebarang gerak kerja penugasan operasi," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukan paras air Sungai Golok sudah mencecah paras amaran 8.31 meter.

Paras normal air Sungai Golok ialah pada tahap 5 meter.

ARTIKEL BERKAITAN:Hujan berterusan, paras dua sungai utama meningkat

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!