Jelajah Dunia BWF: Zii Jia ke separuh akhir
PEMAIN perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara separuh akhir kejuaraan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali pada Jumaat.
Pemain pilihan kedua kejohanan itu bagaimana berdepan tentangan sengit sebelum menjinakkan bintang India, Kidambi Srikanth 21-19, 21-14 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung selama 37 minit.
Dalam pada itu nasib berbeza dialami beregu perempuan negara Pearly Tan-M Thinaah apabila gagal mengekalkan momentum kemenangan yang diraih ketika menewaskan pasangan Thailand semalam.
Pearly-Thinaah terpaksa akur tewas kepada pasangan pemegang pingat emas Olimpik Tokyo Greysia Poli-Apriyani Rahayu 21-19,21-11 dalam pertarunngan yang memakan masa 46 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!