3 rakan didakwa samun berkumpulan guna parang

Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan samun berkawan bersenjatakan parang.
Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan samun berkawan bersenjatakan parang.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tiga rakan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan parang, Januari lalu.

Mohd Shahirullnizam Mohd. Shariff, 24,: Mohamad Abdullah Mohamed Noah, 30, dan Sopian Othman, 34, dituduh secara bersama melakukan perbuatan berkenaan ke atas pasangan suami isteri, Goh Kim Lee, 77, dan isterinya Lim Lay Hong, 70, dengan merampas sebuah dompet serta beg tangan berisi barangan peribadi.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 8.30 pagi di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya pada 6 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Bagaimanapun mereka tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd. Yunos memohon tiada sebarang jaminan dibenarkan, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara beliau mencadangkan jaminan RM30,000 dengan bersyarat.

Kesemua mereka tidak diwakili peguam dan Mohd. Shahirullnizam merayu jaminan rendah dapat diberikan manakala Mohamad Abdullah serta Sopian memberi alasan alasan perlu menanggung keluarga masing-masing termasuk ibu mereka.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan memerintahkan tidak menggangu saksi pendakwaan atau jaminan ditarik balik serta merta.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, semua tertuduh, perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan menetapkan 11 April depan sebagai sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!