Dasar satu peratus OKU jadi penunjuk prestasi: PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika merasmikan Sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri). - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika merasmikan Sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dasar satu peratus Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sektor awam akan dijadikan sebagai penunjuk prestasi bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerusi Bajet 2022 akan terus menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

"Usaha ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan sejajar dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua termasuk OKU.

"Selain itu, peluang pendidikan yang lebih luas dan terbuka serta skim perlindungan sosial yang lebih mampan untuk OKU juga akan diperkukuhkan dengan menyemak semula Liputan perlindungan insurans, termasuk kepada penjaga," katanya dalam ucapan Program Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia Sempena Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangaaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.

MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2022 dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.

Dalam pada itu, beliau berkata, tema Sambutan Hari OKU pada tahun ini iaitu Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik Covid-19 bagi menyediakan golongan OKU menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik.

Menurutnya, kerajaan akan sentiasa membantu dan menyokong agar OKU terus kental, berdaya tahan dan bersifat lentur bagi menyesuaikan diri dengan cara hidup norma baharu.

"Dalam Rancangan Malaysia ke-12, strategi lima iaitu memperkasa OKU, kerajaan dalam usaha memastikan keterangkuman bagi OKU dalam semua bidang.

Artikel Berkaitan:

"Dalam segmen ekonomi, lebih banyak peluang akan disediakan kepada OKU melalui pelbagai platform, termasuk ekonomi perkongsian dan ekonomi digital.

"Kerajaan telah menyediakan banyak skim bantuan modal dan mikro kredit dalam usaha menyokong OKU menceburi perniagaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!