Maut selepas lebih sejam bertarung nyawa

Motosikal ditunggang mangsa remuk selepas kemalangan berlaku. Gambar kecil: Muhammad Muzhafar
Motosikal ditunggang mangsa remuk selepas kemalangan berlaku. Gambar kecil: Muhammad Muzhafar
A
A
A

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki maut selepas lebih sejam bertarung nyawa setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Bukit Mentok-Tempurung berhampiran simpang Berek Polis Bukit Mentok, di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Muzhafar Mohd Zaidi, 20, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.45 petang ketika sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Kemaman.

Sementara, rakan mangsa, Nurul Ain Amatullah Ahmad Zahari, 20, yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan parah.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang semasa motosikal Yamaha RXZ ditunggang mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda CR-V.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam arah perjalanan sama dengan SUV berkenaan iaitu dari Kampung Tempurung ke Bukit Mentok.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, SUV berkenaan dipercayai memberi isyarat kanan untuk masuk ke simpang sebelah kanan dan motosikal yang datang dari arah belakang cuba memotong kenderaan yang sedang membelok itu.

"Ekoran itu berlaku pelanggaran menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

"Mereka kemudian di kejarkan ke Hospital Kemaman sebelum penunggang motosikal disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 6.45 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!