Myanmar berang kerana tidak dibenar sertai PBB
YANGON - Junta Myanmar menyelar keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menafikan wakilnya untuk berada di badan dunia itu.
Diplomat berkata, sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab meluluskan pencalonan duta ke New York telah bermesyuarat pada Rabu, tetapi menangguhkan keputusan permintaan Myanmar dan Afghanistan menyertai PBB.
Pengumuman itu bermakna wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.
“Keputusan ini tidak mencerminkan realiti di lapangan dan kewujudan negara kita.
“Kami akan meneruskan penyerahan permohonan seperti biasa mengikut prosedur diplomatik dan hak dengan mengikut udang-undang antarabangsa dan tempatan,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun memberitahu AFP. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!