Suspek kes tembakan rambang di Oxford High larikan diri

Kejadian tembakan rambang di Oxford High, di utara Detroit menyaksikan empat pelajar maut. - Foto EPA
Kejadian tembakan rambang di Oxford High, di utara Detroit menyaksikan empat pelajar maut. - Foto EPA
A
A
A

CHICAGO - FBI dan Polis Michigan sedang memburu ibu bapa seorang remaja yang didakwa terbabit dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu.

James dan Jennifer Crumbley, ibu bapa Ethan Crumbley, 15, yang didakwa awal minggu ini atas pelbagai pertuduhan membunuh dan melakukan keganasan susulan kejadian tembakan di Oxford High, di utara Detroit yang menyaksikan empat pelajar maut.

Mereka didakwa pada Jumaat atas empat pertuduhan membunuh tanpa niat dan pasangan itu juga gagal hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

CNN melaporkan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang berkata pasangan itu mengeluarkan AS$4,000 dari ATM dan mematikan telefon bimbit mereka.

Sementara itu, peguam kepada pasangan itu dalam satu kenyataan menafikan pasangan itu cuba melarikan diri sebaliknya mereka ke Michigan atas alasan keselamatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!