Rekod tanpa kalah Xavi lebur

Juanmi ketika menjaringkan gol kemenangan Real Betis menumpaskan Barcelona.
Juanmi ketika menjaringkan gol kemenangan Real Betis menumpaskan Barcelona.
A
A
A

REKOD tanpa kalah pengendali baharu Barcelona, Xavi akhirnya lebur apabila terpaksa akur kalah 1-0 kepada Real Betis di laman sendiri dalam saingan La Liga pada Sabtu.

Ia merupakan kemenangan pertama Betis di Camp Nou dalam tempoh lebih tiga tahun dan membawa mereka ke tempat ketiga dengan 30 mata, enam mata di belakang pendahulu Real Madrid manakala Barcelona jatuh ke tempat ketujuh dengan 23 mata.

Pada perlawanan itu, penyerang Betis, Juanmi melakukan penyudah yang bersih melepasi penjaga gol pasukan Catalan, Marc-Andre ter Stegen selepas membina satu permainan serangan yang baik bersama Sergio Canales.

“Mereka menjaringkan gol ketika kami bermain lebih baik, kami tidak boleh membenarkan serangan balas jenis ini berlaku.

“Ia adalah kekalahan yang menyakitkan. Kami menentang mereka di laman sendiri bermain dengan baik pada separuh masa kedua.

Kami perlu menjadi lebih baik, tetapi saya rasa kami berhak mendapat lebih. Ia adalah satu hukuman yang tidak adil selepas bermain permainan yang bagus,” kata Xavi.

Dengan Ousmane Dembele diletakkan di bangku simpanan, Barcelona pastinya menagih aksi yang baik daripada Philippe Coutinho, namun pemain Brazil agak mengecewakan selepas gagal mencipta sebarang peluang untuk menjaringkan gol.

Coutinho digantikan dengan Dembele yang masuk untuk memperkuatkan barisan serangan Barcelona dan hampir menjaringkan sekurang-kurangnya empat kali pada perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kekalahan tersebut juga menyaksikan Barcelona terpaksa kehilangan khidmat pemain tengah Gavi pada separuh masa pertama selepas rembatan Hector Bellerin terkena kepala pemain muda itu.

"Gavi telah dibawa ke hospital selepas dia dilihat terpinga-pinga semasa permainan akibat rembatan di kepalanya," kata kelab itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!