Rita berumah tangga di hospital
AKTRES, Rita Rudaini berkongsi di laman sosial memberitahu seorang demi seorang anaknya jatuh sakit.
Menurut Rita, 42, selepas anak bongsunya Airit Qaqa Arjuna sakit influenza B, kini anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin pula dijangkiti virus Rota.
"Lepas Qaqa kena influenza B, petang adik keluar, esok abang Ryan pula masuk sebab Rota virus.
"Mommy memang dua minggu berumah tangga kat hospital. Pergi shooting dari hospital keluar pagi balik malam.
"Nasib ada mak ngah dan kak Eisya tolong teman dan jururawat yang banyak tolong. Sudah lama anak-anak tak sakit. Doktor pun cakap 'welcome back'," tulis Rita.
Sementara itu di ruang komen, rata-rata orang ramai mendoakan agar anak-anaknya lekas sembuh dan memberikan kata-kata semangat kepada Rita supaya kuat berdepan dengan ujian Tuhan ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!