Program Plogging Batik

A
A
A

Program ini merupakan satu inisiatif khas Malaysia Airport Berhad (MAB) Labuan untuk masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjoging sambil mengutip sampah dengan tema serta pemakaian batik.

Selain memupuk budaya beriadah dalam konsep 'Keluarga Malaysia' dan menjaga keindahan alam, program ini juga secara tidak langsung dapat mempromosi kawasan pelancongan khususnya di pulau bebas cukai ini.

Lokasi Geotapak Chimney Trail dipilih kerana keunikannya seperti, batu pasir fomasi belait yang berusia 15-5 juta tahun dan batuan syal formasi Temburong berusia 33-15 juta tahun yang membentuk sebahagian sistem petroleum tersingkap di pesisir pantai yang menghasilkan landskap pemandangan indah.

Program tersebut disertai seramai lebih 30 peserta dengan kerjasama daripada MAB Labuan, Perbadanan Labuan, Tourism Malaysia Labuan, Jabatan Penyiaran Labuan (RTM) LabuanFM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Labuan, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persatuan Penggiat Media Labuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia