Sistem amaran awal tanah runtuh akan ditambah
KOTA BHARU - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan menambah bilangan sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh.
Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan dalam masa sama juga akan menjalankan kempen kepada penduduk di kawasan berisiko supaya penduduk peka dengan kejadian tersebut.
“Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan sentiasa membuat pemantauan kerana mereka mempunyai peta tapak kawasan berisiko tinggi.
"Sistem ini juga akan diletakkan di kawasan berisiko seperti Gunung Jerai, Kedah kerana kita tidak dapat menjangkakan kawasan mana berisiko berlakunya tanah runtuh berikutan perubahan iklim," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Insentif Kecemerlangan Peperiksaan SPM/STAM/STPM 2020 di sini pada Ahad.
Setakat ini, Takiyuddin berkata, sistem seumpama itu telah ditempatkan di beberapa negeri seperti Sabah, Kedah dan kawasan yang mempunyai tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang.
Beliau sehubungan itu berharap pemasangan sistem amaran awal itu dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
"Kita tidak mahu peralatan sudah ada tetapi tiada pula kesedaran. Dengan adanya dua perkara ini (sistem dan kesedaran) semua masalah ini akan dapat diatasi kerana ini adalah satu daripada langkah proaktif
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!