Mayat budak reput: Organ, kaki sudah hilang

Anggota bomba dibantu polis mengangkat mayat kanak-kanak yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di kawasan semak dalam sungai di Kampung Desa Makmur, Johor Bahru pada Sabtu
Anggota bomba dibantu polis mengangkat mayat kanak-kanak yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di kawasan semak dalam sungai di Kampung Desa Makmur, Johor Bahru pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis menolak terdapat sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan reput dan busuk di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mayat yang ditemukan tersangkut dalam kawasan semak itu dijumpai sudah tidak sempurna di mana ada organ badan sudah hilang termasuk kaki.

"Setakat ini polis tidak dapat mengesan jantina, bangsa dan maklumat lain berhubung kanak-kanak itu. Polis masih lagi menunggu laporan lengkap bedah siasat daripada pihak hospital.

"Setakat ini, kita percaya tiada unsur jenayah," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen ( IPK) Johor pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat kanak-kanak reput ditemukan di sungai

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan reput dan busuk ditemukan tersangkut dalam kawasan semak dalam sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan orang awam yang terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis dan bomba pada jam 10.43 pagi.

Jelasnya mayat kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun, manakala jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat sudah reput.

Selain itu terdapat bahagian mayat tersebut sudah dimakan haiwan mungkin ikan atau biawak. Rambutnya sudah tiada, belakang tengkorak pecah dan otak juga sudah tiada.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!