Kes positif Covid-19 murid sekolah di Selangor masih terkawal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kes positif Covid-19 melibatkan murid sekolah rendah di Selangor masih berada pada tahap terkawal, kata Pengarah Pendidikan Negeri, Anismah M Noh.

Menurut Anismah, berdasarkan rekod peratusan murid yang disaring pada setiap Rabu di negeri ini, hanya sekitar satu hingga dua kes yang didapati positif wabak berkenaan.

“Kita ada lebih kurang 600 sekolah rendah di Selangor. Setiap sekolah contohnya ada 400 murid. 10 peratus daripada yang ada itu (perlu diuji) secara rawak pada setiap Rabu,” katanya selepas Majlis Apresiasi Guru Besar di Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di sini pada Ahad.

Anismah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan murid sekolah rendah di Selangor yang positif Covid-19 sehingga kini.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Anismah berkata, ia bagi meraikan jasa guru-guru besar di negeri ini yang memainkan peranan hebat dalam dunia pendidikan.

Selain itu, katanya, program berkenaan juga adalah bagi meraikan persaraan Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Selangor, Sukimin Juki.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!