Mahu jaga tulang, sendi dan otot seperti Stacy?
Mulakan hari dengan Anlene Café Latte. Mengandungi formulasi Movemax dengan kalsium tinggi, protein, kolagen, rendah lemak dan kurang gula
KESIHATAN adalah sesuatu paling berharga dalam kehidupan. Tanpa tubuh yang sihat segala aktiviti tergendala dan terhad.
Dalam Islam dan pastinya semua agama pun menganjurkan supaya kita semua sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan.
Selain rutin pemakanan yang berkhasiat, dalam mengekalkan gaya hidup aktif setiap hari, senaman sahaja sebenarnya memang tidak mencukupi.
Justeru, kita semua digalakkan mengamalkan diet seimbang. Antaranya dengan mengambil makanan yang mengandungi susu berkhasiat.
Susu sangat signifikan untuk menyokong keperluan harian termasuk penjagaan tulang, sendi dan otot.
Atas dasar itu, Anlene menyahut seruan itu dengan memperkenalkan produk tenusu inovatif terbaru, Anlene Café Latte dalam bentuk stik pek.
Anlene Café Latte merupakan susu dengan rasa 'ummph' yang dirumus khas dengan susu berkhasiat dengan kopi sebenar.
Ia mengandungi formulasi Movemax dengan kalsium tinggi, protein, kolagen, rendah lemak dan kurang gula yang membantu memenuhi keperluan harian golongan yang sibuk.
Berkhasiat
Stacy Anam, selebriti terkemuka yang terkenal tarian hebatnya turut menjadikan Anlena sebagai produk minuman sehari-harinya.
"Amatlah penting saya menjaga tulang, sendi dan otot agar kekal aktif.
"Saya ingin lakukan yang terbaik sebagai seorang penyanyi, ratu tarian dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan saya memilih Anlene," katanya yang juga merupakan duta Anlene.
Dalam pada itu, bagi memeriahkan kemunculan Anlene Café Latte, Anlene telah menyediakan 100,000 set bernilai RM1-Anlene Café Latte dengan biskut Julie's Oat di stesen LRT utama dari Mac hingga April ini.
Ia sebagai tanda sokongan untuk rakyat Malaysia dalam memulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat.
Anlene Café Latte boleh didapati di seluruh cawangan pasar raya seluruh negara termasuk di 99 Speedmart.
Hanya RM9.90 untuk pek 7 stik dan RM19.90 untuk pek 16 stik.
Untuk maklumat lanjut dan sampel percuma, layari laman web atau Facebook Anlene.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!