Tukang cat maut kereta rempuh tiang elektrik

Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam Kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Banggol di Setiu pada Ahad.
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam Kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Banggol di Setiu pada Ahad.
A
A
A

SETIU - Seorang tukang cat kereta maut setelah kenderaan dipandu terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Banggol pada Ahad.

Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, mangsa, Muhammad Sharil Naim Zulkefli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang, Muhammad Sharil Aiman Zulkefli, 15, yang merupakan adik mangsa cedera di dagu dan tangan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa bersama adiknya dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri menghala ke Kampung Padang Saujana.

"Tiba di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik," katanya.

Menurut Afandi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu, manakala adiknya dibawa ke unit kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!