Gol Fred pacu permulaan meyakinkan Rangnick
PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick memulakan tugasan pertama membimbing The Red Devils dengan langkah kanan apabila menjinakkan Crystal Palace 1-0 di Stadium Old Trafford.
Bagaimanapun anak buah Rangnick terpaksa menunggu minit ke-77 hasil jaringan Fred untuk memastikan kemenangan ketujuh The Red Devils selepas mengharungi 15 perlawanan seterusnya mengumpul 24 mata.
Rangnick dilantik pengurus sementara Red Devils selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat bulan lalu, Michael Carrick sebelum itu mengendalikan tiga perlawanan - dua kemenangan dan seri menentang Arsenal, Chelsea dan Villarreal.
Bagaimanapun bekas pemain tengah United itu kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan Old Trafford selepas kehadiran Rangnick.
Rangnick selepas ini akan dibantu Kieran McKenna dan Mike Phelan pada perlawanan Ahad ini.
Kemenangan United menentang Crystal Palace menyaksikan The Reds melonjak ke tangga keenam tiga mata di belakang West Ham di tangga keempat.
Sementara itu, Tottenham naik ke tangga kelima selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Norwich City manakala Leeds United pula teringkat seri 2-2 menentang Brentford.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!