Kenapa salahkan guru seratus peratus?

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan berkawan dengan seorang guru di Facebook dan tersentuh dengan luahan hatinya yang menyatakan tidak ada sesiapa pun yang meminta untuk dijangkiti Covid-19.

Kepada ibu bapa, berhati-hatilah ketika mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati dan perasaan guru.

Daripada statusnya yang ringkas namun padat itu menunjukkan terdapat segelintir ibu bapa yang menyalahkan para guru apabila terdapat kes pelajar dijangkiti virus tersebut.

Seolah-olah kita lupa bahawa para pendidik juga manusia biasa yang mempunyai keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan menjalani kehidupan seharian seperti orang lain.

Guru juga pergi ke kedai untuk membeli barangan rumah, berkeinginan untuk bercuti di Langkawi dan mereka juga shopping di Shopee dan Lazada.

Itu adalah perkara yang semua daripada kita lakukan, justeru tidak adil jika kesalahan diletakkan di bahu semua guru seratus peratus.

Melainkan guru itu mempunyai tanda-tanda seperti demam, batuk, selesema tetapi masih tetap ke sekolah dan tidak mengikut SOP, ya guru dan sekolah boleh disiasat serta didakwa jika terbukti bersalah.

Namun, janganlah pukul rata bahawa semua guru bersalah di atas perkara yang berlaku di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Mungkin ada segelintir yang gagal mengikut SOP, namun bukan semua.

Bagi guru yang sengaja melanggar SOP, Merak Jalanan bersetuju jika tindakan tegas diambil terhadap guru tersebut kerana telah menyusahkan sekolah, guru lain, anak muridnya dan paling utama tidak menunjukkan teladan yang baik kepada orang sekeliling.

Kerjaya guru cukup tinggi dan dipandang mulia.

Guru merupakan suri teladan bagi anak-anak yang sedang membesar, justeru tunjukkanlah nilai-nilai murni yang diajari di sekolah.

Bagi ibu bapa pula, janganlah menuding jari pada orang lain secara membuta tuli, tetapi bersatulah dalam menangani wabak yang sukar dibendung ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!