Pendaki sesak nafas diselamatkan

Pendaki yang mengalami sesak nafas di Bukit Mor Muar, diselamatkan anggota bomba.
Pendaki yang mengalami sesak nafas di Bukit Mor Muar, diselamatkan anggota bomba.
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Mor di sini, diselamatkan pasukan bomba pada petang Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Zuraimi Harun berkata, pihaknya menerima panggilan bagi menyelamat mangsa pada jam 5.05 petang.

Katanya, seramai 12 anggota, satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Bermotor Bomba (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa berusia 52 tahun mengalami sesak nafas dan serangan jantung semasa melakukan aktiviti mendaki bukit.

"Mangsa menjalankan aktiviti mendaki bersama keluarga berada dalam keadaan sedar tetapi mengalami sesak nafas.

"Mangsa dibawa turun ke kaki bukit dengan menggunakan 'stretcher',” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Operasi menyelamatkan mangsa selesai pada jam 7.58 malam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!