Semua kerusi DUN Sarawak dijangka ditandingi

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dibuka untuk pencalonan hari ini dijangka akan ditandingi.

Berdasarkan analisis pengumuman calon oleh pelbagai parti yang terlibat, pertandingan akan berlaku di antara satu lawan satu hingga enam penjuru, termasuk calon Bebas.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menurunkan calon di semua 82 kerusi, dengan calon termuda Azizul Annuar Adenan, 31, bertanding di DUN Tanjong Datu.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan menampilkan 70 calon, dengan Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh menjadi calon tertua parti itu, dengan usia 78 tahun.

Ini diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan 66 calon; Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28 calon; Parti Tindakan Rakyat (DAP) 25 calon, Amanah (lapan), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (17) dan Parti Islam Se-Malaysia (satu).

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sarawak: Aktiviti rentas negeri berkempen tidak dibenarkan

Beberapa parti lain seperti Parti Sedar Rakyat Sarawak dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru) dijangka turut menurunkan calon.

Dua Datuk Bandar turut beraksi pagi ini iaitu Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng di DUN N9 Padungan, dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii di DUN Pujut.

Manakala lima Ahli Parlimen yang akan turun beraksi ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii di DUN Batu Kawah; Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen di DUN Padungan serta Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat di DUN Balai Ringin.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Saratok, Baru Bian pula akan mempertahankan DUN Ba'kelalan. -Awani

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!