Hamilton juara Grand Prix Arab Saudi
PEREBUTAN gelaran dunia Formula 1 (F1) kian sengit selepas pemandu Mercedes, Lewis Hamilton meraih kemenangan dramatik di Grand Prix Arab Saudi pada Ahad.
Keputusan tersebut menyaksikan juara tujuh kali itu berjaya mengumpul 369.5 menyamai pencabar kejuaraan Max Verstappen yang mana juara akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi minggu depan.
Pada perlawanan yang berlangsung di litar Corniche, Jeddah, Verstappen bermula baik sepanjang 50 pusingan pertama meskipun perlumbaan terpaksa dihentikan dua kali akibat perlanggaran dan beberapa kali terganggu oleh kereta keselamatan.
Bagaimanapun, Hamilton yang jenteranya sedikit rosak selepas berlanggar dengan Verstappen berjaya bangkit pada lewat perlumbaan untuk meraih kemenangan kelapan musim ini dan ke-103 dalam kariernya.
"Walaupun terdapat sedikit kerosakan tapi saya cuba sedaya upaya untuk memenangi perlumbaan ini.
"Dengan pengalaman yang dimiliki beberapa tahun sebelum ini, saya cuba untuk memastikan jentera masih di atas trek dan berlumba dengan baik," katanya.
Dalam pada itu Verstappen yang menduduki tempat kedua, 11.825 saat di belakang berkata, dia kecewa aksi kerana tidak dapat beraksi dengan pantas pada perlumbaan tersebut.
Malah pemandu kelahiran Belanda itu turut menyifatkan perlawanan tersebut lebih kepada penalti berbanding perlumbaan.
"Saya hanya perlu berlumba dan sukan ini lebih mengenai penalti daripada perlumbaan.
"Bagi saya ini bukan Formula 1 tetapi sekurang-kurangnya penonton gembira dan saya memberikan segalanya hari ini tetapi tidak cukup pantas," kata Verstappen.
Hamilton dan Verstappen akan mengesahkan kejuaraan di Abu Dhabi pada minggu hadapan.
Sekiranya kedua-dua mereka gagal mengutip sebarang mata, Verstappen yang menang sembilan perlumbaan akan dinobatkan juara musim ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!