Aiman minta maaf: Isu video aib jangan bangkitkan
PENYANYI, Ku Rela Dibenci, Aiman Tino mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu video aib yang menimpa dirinya, sejak Isnin.
Katanya dalam kenyataan tersebut yang dikirim menerusi WhatsApp, Aiman dan pihak pengurusan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.
"Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan.
"Pada masa sama, Aiman memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keperihatinan dan sokongan terhadap karier Aiman.
"Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua," kata Aiman sebagaimana ditulis dalam kenyataan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!