Buruh nyaris maut terjatuh dalam loji air

Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa.
Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pekerja binaan nyaris maut apabila terjatuh di dalam takungan loji air sedalam 11 meter di tapak pembinaan loji air Sungai Pinang, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Mangsa, Noor Munadjari, 38, yang cedera parah berjaya berjaya diselamatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai dan dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketua BBP Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.35 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang berasal dari Sandakan, Sabah dari takungan loji air yang masih dalam pembinaan itu.

"Kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan jam12.03 tengah hari menggunakan alat pengusung, tali dan kren.

"Selepas berjaya dinaikkan, mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!