Mona, Pekin bulan madu di Santorini

Pelakon, Mona Allen, Pekin Ibrahim
Pelakon, Mona Allen, Pekin Ibrahim
A
A
A

PELAKON cantik, Mona Allen juga isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pekin Ibrahim, memilih destinasi Santorini sebagai lokasi bulan madu mereka.

Menurut Mona, mereka akan ke Santorini pada bulan Jun depan.


"Tak pergi bulan madu lagi... tak sempat sebab permintaan tv stesen dan penerbit yang mahu saya berlakon.
"Job sebelum kahwin memang dah locked awal jadi nak habiskan apa yang dah sedia ada, kalau tertangguh nanti akan habis lambat pula.
"Oleh sebab itu, bila dah settle semua, insyaALLAH dalam bulan Jun 2019 kami plan pergi bulan madu ke Santorini," ujarnya.

Mona yang ditemui pada siri jelajah DFKL2019 di Sri Pentas, baru-baru ini berkata, mereka sudah menyulam cinta hampir dua tahun tetapi tidak menghebohkan perhubungan itu.

"Masing-masing belajar daripada pengalaman lalu. Tunggu dah jadi dan disatukan kami kongsikan di media sosial," katanya masing-masing mengambil pendekatan low profile dan mengikut kehendak keluarga.
Diajukan soalan apakah yang menarik hati Mona jatuh cinta dengan Pekin?

"Dia seorang yang merendah diri dan kelakar serta penyayang," katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Pasangan selebriti ini selamat mendirikan rumah tangga pada awal Disember tahun lalu.
Mengenai karier lakonan, Mona sedang menjalani penggambaran drama Cinta Lara Syakila, 26 episod untuk RTM, terbitan Radius One, arahan Nizam Zakaria.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!