Ahli Bersatu bertanding tanpa kebenaran dikenakan tindakan disiplin

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berhadapan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk boleh terhenti keahlian serta-merta.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, peraturan tersebut terpakai di Sarawak dan akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara itu.

“Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman rasmi bahawa mereka tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan akan membantu memastikan kemenangan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya menyeru semua ahli Bersatu untuk sama-sama berganding bahu memastikan kemenangan besar buat rakan kita GPS dalam PRN ini.

“Mari kita gunakan keberadaan kita untuk membantu kemenangan rakan sepasukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Isnin, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang juga Naib Presiden Bersatu Sarawak, Datuk Ali Biju bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pada 27 November lalu, Bersatu tidak akan meletakkan mana-mana calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya memberi laluan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding.

Muhyiddin berkata, keputusan tersebut sebagai menghormati GPS selain yakin kemampuan gabungan parti-parti tempatan di negeri itu untuk menang semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!