Cemas bayi kembarnya terperangkap dalam kereta

Bayi kembar lelaki berusia dua tahun itu terperangkap kira-kira 30 minit.
Bayi kembar lelaki berusia dua tahun itu terperangkap kira-kira 30 minit.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang ibu berdepan detik cemas kira-kira 30 minit apabila anak kembar lelakinya teperangkap dalam kereta selepas kenderaan itu terkunci sendiri di Jalan Sekolah Alor Merah, dekat sini, pagi tadi.

Nor Aspalela Othman, 39, berkata, anak-anaknya yang berusia 2 tahun 2 bulan mula gelisah dan menangis selepas lebih 20 minit semasa Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar berusaha mengeluarkan mereka.

Menurutnya, Mohd Adam Hushaini dan Mohd Adam Haris diletakkan oleh suaminya, Ibrahim Hassan, 49 ke dalam kereta sebelum dia masuk kembali ke dalam rumah untuk mengambil barang yang tertinggal.

"Sekejap sahaja bapa mereka masuk rumah dan apabila keluar semula tengok kereta dah terkunci sendiri walaupun enjin kereta masih belum dihidupkan lagi.

"Anak-anak yang terperangkap awalnya mereka menunjukkan reaksi biasa sahaja namun selepas lama di dalam kereta barulah rasa tidak selesa mungkin sebab panas," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Aspalela berkata, tindakan cepat APM Kota Setar pantas tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kira-kira 5 minit selepas jirannya, Mohd Faiz Mohd Jamil, 28, membuat panggilan kecemasan.

Anggota APM Kota Setar berjaya mengeluarkan bayi kembar lelaki yang terperangkap.
Anggota APM Kota Setar berjaya mengeluarkan bayi kembar lelaki yang terperangkap.

Akui panik pada awalnya, namun ketenangan yang ditunjukkan oleh anggota APM dalam mengendalikan kejadian itu sedikit melegakan mereka sekeluarga.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pegawai operasi APM Kota Setar, Lt. (PA) Mohammad Rizal Abdul Razak berkata, APM Kota Setar menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 pada jam 9.30 pagi.

Menurutnya, lima anggota bersama ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa dan sebaik tiba di lokasi anggota mendapati dua bayi lelaki berusia 2 tahun terperangkap dalam kereta yang terkunci.

"Anggota APM telah menggunakan tali untuk membuka kunci kereta di sebelah pintu kiri dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membuka kunci kereta.

"Kami menasihati orang ramai agar jangan meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!