'Badak Jawa Malaysia pupus gara-gara ditembak penjajah'

FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Badak Jawa yang pernah hidup di hutan Semenanjung Malaysia telah pupus setelah kali terakhir dilihat pada 1930-an dahulu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Badak Jawa terakhir mati setelah ditembak oleh penjajah British.

"Setakat ini mamalia yang pupus di semenanjung Malaysia ini ialah spesies Badak Jawa.

"Spesies Badak Jawa yang kita ada pada 1932 dan itulah spesies terakhir dan mati ditembak oleh British," katanya dalam Wacana Sinar Harian kali ke 93, berjudul Perubahan Iklim dan kehilangan biodiversiti: Terjejaskah Rakyat?.

Turut bersama dalam Wacana Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Prof Madya Dr Ramzah Dambul dan Pengarah Pemuliharaan WWF Malaysia, Dr Henry Chan, dan Idris Amin sebagai moderator.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!