Penjawat awam Pahang terima insentif RM1,200

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memberi insentif RM1,200 seorang kepada 8,000 penjawat awam membabitkan semua gred di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta itu akan dikreditkan pada Januari tahun depan.

Menurutnya, pemberian itu sebagai menghargai komitmen penjawat awam dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai.

"Kerajaan negeri tidak pernah melupakan jasa dan komitmen golongan itu dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!