Penduduk Taman Dengkil Jaya gempar kemunculan buaya

Seekor buaya sebesar lebih dua meter muncul di sebuah tasik berhampiran Taman Dengkil Jaya dipercayai sesat dari sungai berhampiran.
Seekor buaya sebesar lebih dua meter muncul di sebuah tasik berhampiran Taman Dengkil Jaya dipercayai sesat dari sungai berhampiran.
A
A
A

SEPANG - Penduduk di Taman Dengkil Jaya, di sini terkejut dengan kemunculan seekor buaya sebesar lebih 2 meter dalam sebuah tasik berhampiran kawasan tersebut pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.29 malam.

Menurutnya, seramai sembilan orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bergegas ke kawasan yang dilaporkan dan tiba di lokasi pada jam 8.43 malam.

"Pemeriksaan telah dilakukan dan mendapati seekor buaya bersaiz tujuh kaki berada dalam tasik dipercayai tersesat dari sungai berhampiran.

"Pihak bomba tidak menangkap buaya tersebut, sebaliknya memasang sawar-sawar dan menampal tanda amaran tentang kewujudan buaya dalam tasik itu serta menasihati penduduk setempat supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di dalam atau berhampiran tasik.

"Operasi seterusnya diserahkan kepada Pejabat Perhilitan Hulu Langat untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Pihak bomba menampal tanda amaran tentang kewujudan buaya di tasik berkenaan.
Pihak bomba menampal tanda amaran tentang kewujudan buaya di tasik berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!