Kronologi kes SRC
KUALA LUMPUR - Berikut adalah kronologi kes SRC membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
3 Julai 2018
Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
4 Julai 2018
Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd
8 Ogos 2018
Najib didakwa lagi di mahkamah sama dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama
10 Ogos 2018
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 33 hari bermula 12 Februari 2019 bagi perbicaraan tujuh tuduhan terbabit
10 Ogos 2018
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perintah larangan supaya media dan orang awam tidak membicarakan mengenai merit kesnya
13 Ogos 2018
Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya
26 November 2018
Pasukan pembelaan memfailkan permohonan supaya Datuk Sulaiman Abdullah mengemukakan surat kebenaran pelantikan beliau sebagai ketua pendakwaan dalam kes Najib.
18 Disember 2018
Mahkamah Tinggi sama menolak permohonan Najib berhubung surat pelantikan itu
15 Januari 2019
Najib menerusi firma guamannya Messrs Shafee & Co telah menulis surat kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Februari dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan
17 Januari 2019
Jabatan Peguam Negara membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan, menyatakan permohonan itu adalah remeh dan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan.
8 Februari 2018
Najib memfailkan permohonan penangguhan perbicaraan kes SRC
11 Februari 2019
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk tangguh perbicaraan kes
21 Mac 2019
Mahkamah Rayuan menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan bicara
27 Mac 2019
Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan
28 Mac 2019
Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes pada 3 April
3 April 2019
Perbicaraan bermula selama 58 hari
11 November 2019
Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tuduhan itu
3 Disember 2019
Najib membela diri dan 18 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan, prosiding selama 33 hari
11 Mac 2020
Pembelaan menutup kes
1 Jun 2020
Hujahan di akhir kes pembelaan selama 5 hari
5 Jun 2020
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 Julai bagi keputusan
28 Julai 2020
Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah ke atas semua tuduhan dan memerintahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
30 Julai 2020
Najib memfailkan tiga notis rayuan untuk mengetepikan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesemua pertuduhan
2 Disember 2020
Najib mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara kes itu
23 Januari 2021
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini mendengar kes dan menjatuhkan hukuman terhadap Najib dalam kes SRC dipindahkan ke Mahkamah Sivil bermula Mac
5 April 2021
Prosiding rayuan bermula
18 Mei 2021
Prosiding rayuan kes penyelewengan dana SRC selesai selepas 15 hari perbicaraan berlangsung
23 November
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan kes
24 November
Pasukan peguam Najib yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan tarikh keputusan kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura
24 November
Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan kes
3 Disember
Permohonan Najib untuk membenarkan bukti baru dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kes akan didengar sehari sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya
7 Disember
Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib untuk mengemukakam bukti baharu dalam rayuannya
*Bersambung hari ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!