Banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang setakat pagi Selasa
KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi Selasa.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan rumah mereka digenangi air.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi Selasa, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.01 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!