Kelewatan lanjut kontrak Salah perkara biasa: Klopp

Menurut Klopp, dia bertuah kerana mempunyai pemain seperti Origi yang mampu memberi impak pada lewat permainan.
Menurut Klopp, dia bertuah kerana mempunyai pemain seperti Origi yang mampu memberi impak pada lewat permainan.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meminta peminat untuk bersabar berkaitan kontrak Mohamed Salah di Anfield yang mana rundingan bersama pemain Mesir itu masih sedang berjalan.

Menurut Klopp kelewatan untuk memeterai perjanjian bersama Salah adalah satu perkara normal memandangkan statusnya sebagai pemain berkelas dunia.

Tambah Klopp, butiran kontrak antara Salah dan The Red bukanlah sesuatu yang boleh dimuktamadkan dengan cepat dan peminat tidak perlu bimbang dengan situasi tersebut.

"Anda perlu tahu Salah kini seorang pemain berkelas dunia. Untuk menyambung kontrak dengan pemain sepertinya bukanlah sesuatu di mana anda bertemu untuk minum petang dan mencari persetujuan.

"Ia perkara biasa. Salah bercakap tentangnya dan saya hanya boleh katakan beberapa perkara kerana selebihnya adalah rahsia.

"Saya tidak pasti jika dia bercakap dalam bahasa Inggeris atau Arab dan kemudian diterjemah kepada Inggeris. Tetapi Salah dalam keadaan baik dan begitu juga saya.

"Apa yang kita semua mahukan ialah supaya semuanya jelas dan perkara sebegini memerlukan masa," kata Klopp.

Untuk rekod, kontrak Salah bersama Liverpool hanya berbaki 19 bulan.

Artikel Berkaitan:

Malah ketika sidang media di negara asalnya, Mesir, penyerang itu berkata, dia menyerahkan kepada Liverpool untuk membuat keputusan sambil menjelaskan dia gembira untuk menamatkan kariernya bersama kelab itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!