Landasan LTSAS dipanjangkan

Ahmad Faizal menyambut salah seorang penumpang yang memulakan perkhidmatan pertama AirAsia Singapura-Ipoh di LTSAS, hari ini.
Ahmad Faizal menyambut salah seorang penumpang yang memulakan perkhidmatan pertama AirAsia Singapura-Ipoh di LTSAS, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri merancang untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) menjadikannya keseluruhan 2.5 KM.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha memanjangkan 500 meter lagi landasan itu bagi menampung jumlah peningkatan penerbangan ke negeri itu.

“Setakat ini kita menggunakan 50 peratus kapasiti sepenuhnya lapangan terbang ini iaitu dianggarkan 250,000 penumpang.

“Dengan usaha daripada exco dan pihak swasta seperti syarikat penerbangan, kita sedang merancang untuk memanjangkan lagi landasan sedia ada serta menambah baik atau memperbesarkan bangunan terminal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut 166 penumpang pesawat pertama AirAsia Airbus A320 yang tiba dari Singapura di LTSAS di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat; Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong dan Tan Kar Hing serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

Menurutnya, pihaknya telah menerima beberapa cadangan daripada pelbagai pihak untuk melakukan beberapa perubahan menarik sekitar LTSAS.

“Kita sambut baik cadangan itu dan dijangka boleh dimulakan tahun hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai pembinaan lapangan terbang baharu, Ahmad Faizal menegaskan bahawa pembinaan projek mega itu akan di selatan Perak tanpa mendedahkan lokasi sebenar projek tersebut.

“Perak sedang membangun pesat ketika ini. Ia bukan di Seri Iskandar dan kerajaan sekarang memikirkan ianya lebih sesuai di sebelah selatan dan berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan.

“Kerajaan pusat atau kerajaan negeri tidak perlu menambah accessibility kepada lapangan terbang baharu ini nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!