Pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM165,000

Ops Khas dijalankan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 terutama di Kuala Lumpur.
Ops Khas dijalankan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 terutama di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik sebuah pusat hiburan dikompaun RM25,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam satu serbuan Ops Khas di sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, polis turut mengeluarkan sebanyak 28 notis kompaun berjumlah RM140,000 kepada pengunjung pusat hiburan berkenaan.

"Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh PPN bagi Kuala Lumpur.

"Keseluruhan kompaun yang dikeluarkan hasil serbuan tengah malam tadi berjumlah RM165,000," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Azman berkata, operasi tersebut dijalankan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 terutama di Kuala Lumpur.

"Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa dalam usaha mengawal penularan Wabak Covid - 19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur khususnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!