Argentina gantung operasi Boeing 737 Max
BUENOS AIRES - ARGENTINA. Argentina semalam menjadi negara terbaharu menggantung sementara semua pesawat Boeing 737 Max.
Pengumuman itu dibuat selepas nahas membabitkan Ethiopian Airlines yang mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapal di Addis Ababa.
Arahan itu berkuatkuasa sehingga siasatan nahas Ethiopian Airlines selesai.
"Bagi Aerolineas Argentinas, keselamatan adalah perkara penting," menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut, semalam. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!