3,000 hektar tanah di Terengganu diteroka secara haram

Dr Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dianggarkan lebih 3,000 hektar tanah kerajaan di Terengganu diteroka secara haram oleh pihak tidak bertanggungjwab dengan sebahagian besarnya ditanam kelapa sawit.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah tersebut sudah berlarutan sejak 15 tahun lalu melibatkan beberapa daerah termasuk Setiu.

"Saya tidak ada masalah untuk turun sendiri berbincang secara baik dan harmoni. Kita tidak bercakap dalam topik penguatkuasaan atau pendakwaan tetapi bagaimana ruang peraturan dan undang-undang sedia ada boleh dimanfaatkan untuk membuka jalan supaya yang 'haram' boleh 'dihalalkan'.

"Harapannya supaya rakyat kita boleh terus cari rezeki dan kerajaan sebagai tuan tanah dapat hak. Paling penting, urus tadbir tanah boleh diatur dan diperkemaskan kerana negeri kita ada undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Azman, kerajaan negeri menyediakan beberapa pelan penyelesaian isu lapuk ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama.

Beliau berkata, status tanah halal atau mempunyai hak milik penting kerana selain mampu meningkatkan hasil dan pendapatan, para pekebun juga memperoleh banyak keistimewaan lain.

"Oleh itu saya harap pekebun dapat mengambil peluang ini dengan menjadikan tanah yang diteroka kepada status 'halal' supaya tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya.

Azman juga berharap isu pensijilan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai syarat kepada pekebun menjual sawit mereka bermula tahun depan akan dapat diselesaikan dengan penyelesaian status tanah.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana untuk dapat sijil MSPO, status tanah yang diusahakan mesti 'halal'," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!