Setiap Pusat Khidmat Masyarakat bakal terima satu tan baja kompos

Izham Hashim
Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Selangor bakal menerima antara satu hingga dua tan baja kompos berkualiti tinggi bagi meringankan beban petani dalam menanggung kos pengeluaran tani.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, langkah itu bagi menggalakkan petani menggunakan produk tempatan berkualiti tinggi selain mengurangkan pencemaran.

Menurut Izwan, pihaknya akan mendapatkan senarai nama petani di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menghantar terus baja ke ladang mereka bagi mengelak lambakan baja di PKM.

“Bagi DUN yang mempunyai jumlah petani tinggi, mereka akan diberikan dua tan baja organik kompos,” katanya pada sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke -14 di sini pada Selasa.

Izwan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) berhubung program pertanian rakyat untuk mengguna pakai tanah kerajaan yang terbiar.

Dalam pada itu, Izham berkata, data tanah kerajaan terbiar di negeri Selangor kini sedang dikumpul untuk membangunkan aktiviti pertanian bersesuaian antaranya projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan.

Menurutnya, terdapat 11 projek yang diuruskan Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan ketika ini berkeluasan 1,300 hektar dengan nilai pengeluaran RM38 juta setahun, namun ini tidak mencukupi dalam menyelesaikan isu jaminan bekalan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan di bawah Pelan Transformasi Selangor untuk menambah tanah sesuai bagi rakyat menceburi pertanian dan meningkatkan hasil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!