Veteran Kelantan juara Piala Presiden PBMM

Pemain Veteran Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan Veteran Piala Presiden PBMM. - Foto PBMM
Pemain Veteran Kelantan meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan Veteran Piala Presiden PBMM. - Foto PBMM
A
A
A

VETERAN Kelantan membuktikan tahap kecergasan tinggi menerusi pelbagai kejuaraan membolehkan pasukan itu mengungguli saingan Kejohanan Bola Sepak Veteran Empat Penjuru Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) 2021.

Dua jaringan Badrulesamnudeen Yusof dan Azman Mat Daud memastikan trofi tersebut menjadi milik pasukan pantai timur itu setelah menumpaskan Veteran Kuala Lumpur 3-1 dalam perlawanan akhir di Padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya baru-baru ini.

Selain gelaran berganda dan trofi, Veteran Kelantan turut membawa pulang RM3,500 iaitu hadiah juara keseluruhan dan juara liga.

Pada perlawanan itu, Badrulesamnudeen terlebih dulu meletakkan pasukan di depan pada minit ke-16' dan 35'.

Veteran Kuala Lumpur yang tidak mengalah kembali merapatkan jurang hasil gol sendiri pemain lawan pada minit ke-50.

Bagaimanapun Azman memadamkan terus kebangkitan lawan dengan jaringan ketiga pada minit ke-55.

Untuk rekod, Kejuaraan Veteran PBMM ini adalah untuk para pemain berusia 45 tahun ke atas yang dijalankan dalam tempoh sejam sahaja dengan rehat lima minit antara separuh masa.

Veteran Kelantan jelas dalam kelas tersendiri apabila kekal tanpa kalah sehingga final termasuk mengungguli liga awal sepusingan selepas menewaskan Veteran PBMM 5-2, Veteran Kuala Lumpur 3-1 dan Veteran Pahang 2-0.

Artikel Berkaitan:

Veteran Kuala Lumpur yang diuruskan bekas pemenang hatrik Piala Malaysia 1987, 1988 dan 1989, Datuk Ramlan Askolani muncul naib juara membawa pulang RM1,500.

Mereka menewaskan Veteran PBMM 5-2 dan Veteran Pahang 3-2.

Veteran PBMM pula di tempat ketiga selepas seri sekali, 0-0 dengan Veteran Pahang dan kalah dua kali termasuk kepada Veteran Kuala Lumpur 5-2.

Antara bekas pemain negeri era 80-an dan 90-an yang turut memeriahkan pertandingan ini ialah Zool Ihsan Yunus, Lee Ban Tat, Ramlan Askolani, Mohd. Zamri Mazleh, Mohd. Firdaus Mohamed dan Shahrin Majid.

Exco PBMM (baju T putih) dan para pemain Veteran Kelantan (merah) serta Veteran Kuala Lumpur sebelum perlawanan akhir. - Foto PBMM
Exco PBMM (baju T putih) dan para pemain Veteran Kelantan (merah) serta Veteran Kuala Lumpur sebelum perlawanan akhir. - Foto PBMM

Sementara itu, PBMM mengumumkan empat pelantikan baharu bagi melengkapkan Jawatankuasa Eksekutifnya (Exco) yang baru selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan penggal 2021-2025 di Ampang baru-baru ini.

Tujuh jawatan kanan Exco persatuan dimenangi tanpa bertanding dengan Firdaus dan Ramlan masing-masing kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden sepenggal lagi sejak menyandangnya bagi 2019-2021.

Mereka ialah Nazeri Hussain Setiausaha Agung, Abdul Rafi Abdul Murad (Penolong Setiausaha Agung), Yusri Abd Hamid (Bendahari Agung) dan Mohd Nizam Hashim (Setiausaha Kerja).

Masing-masing daripada empat ahli gabungan PBMM iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

EXCO PBMM 2021-2025

Presiden:

Mohd Firdaus Mohamed

Timbalan Presiden:

Datuk Ramlan Askolani

Datuk Kamarulnizam Mohd. Sharip

Naib Presiden:

Mohd. Zamri Mazleh,

Nudin Awang,

Datuk Shaharul Asafali

Datuk Ahmad Mad Daud

Setiausaha Agung:

Nazeri Hussain

Penolong Setiausaha Agung:

Abdul Rafi Abdul Murad

Setiausaha Kerja:

Mohd. Nizam Hashim

Bendahari Agung:

Yusri Abd. Hamid

Ahli Jawatankuasa:

Abdul Rafi Abdul Murad,

Sani Kalam,

Datuk Khairuddin Abd. Hamid

Ku Besry Ku Aziz

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!