Pelajar maut, rakan parah nahas balik sekolah

Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Empat di Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan pada Selasa.
Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Empat di Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan pada Selasa.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut, sementara rakannya parah apabila motosikal ditunggangi mereka melanggar tiang elektrik ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini pada Selasa.

Kejadian di Kilometer 7 Jalan Maharajalela itu berlaku sekitar jam 1.50 petang ketika kedua-dua mangsa berusia 16 tahun dalam perjalanan pulang ke Taman Maharajalela dan Taman Muhibbah Batu 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis SYM dipercayai terbabas sendiri ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik berhampiran.

"Mangsa yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera parah di bahagian muka.

"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar dari sebuah sekolah menengah di Teluk Intan dalam perjalanan untuk pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan di sini, manakala mangsa yang parah masih dirawat di zon kecemasan hospital sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!