[LAPORAN LANGSUNG] Najib kekal bersalah
[LAPORAN LANGSUNG] MAHKAMAH Rayuan akan menyampaikan keputusannya pada Rabu berhubung rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Keputusan itu dijadualkan disampaikan melalui dalam talian pada jam 9 pagi, berikutan bekas Perdana Menteri itu dan peguam belanya merupakan kontak kasual kepada anak lelaki Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Muhammad Farhan, yang disahkan positif Covid-19.
Difahamkan pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram akan hadir dalam prosiding mahkamah terbuka itu.
Seramai 42 wartawan dari media tempatan dan asing telah diberi pas untuk mengikuti prosiding itu melalui pautan video di dewan persidangan dan 47 jurugambar dan jurukamera akan berada di lobi Istana Kehakiman untuk membuat liputan.
12.30 pm-Sidang media berhubung kes SRC International oleh pasukan pembelaan Najib.
12 pm-Kediaman peribadi bekas PM Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences, Bukit Bintang di ibu negara berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang pergerakan keluar masuk daripada kawasan terbabit.
Kediaman peribadi bekas PM Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences, Bukit Bintang di ibu negara berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang pergerakan keluar masuk daripada kawasan terbabit. pic.twitter.com/xidEEBjsKm
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 8, 2021
11.16 am-Sabitan kesalahan terhadap Najib atas tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC dikekalkan.
Ikat jamin RM2 juta juga dikekalkan.
Najib diberi peluang terakhir untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
Prosiding kes selesai.
11.05 am- Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram membantah Muhammad Shafee yang memohon supaya sabitan dan hukuman terhadap Najib ditangguhkan.
10.51 am-Pembelaan bawa kes ke Mahkamah Persekutuan
10.41 am-Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, membuat permohonan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan
10.40 am-Najib didapati kekal bersalah
10.18 am-Hakim Abdul Karim berkata pemindahan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd (SRC) ke dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diklasifikasikan sebagai kepentingan negara.
9.42 am-Hakim Mahkamah Tinggi tidak salah arah Najib bela diri Panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan salah dalam mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela diri dalam tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil masih lagi membaca keputusan pada prosiding yang bermula jam 9.30 pagi
9.35 am-Panel Hakim baca keputusan
9.30 am-Keputusan dijangka diketahui beberapa minit lagi
Prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan bermula.
Prosiding hari ini dilaksanakan melalui zoom yang menyaksikan hakim dan pasukan pendakwaan berada di Mahkamah Rayuan manakala Najib dan pasukan peguamnya berada di lokasi lain berikutan pendedahan bahawa bekas perdana menteri itu serta peguam bela menjadi kontak rapat dengan individu positif Covid-19.
9.27 am-Pihak pembelaan muncul di aplikasi Zoom
“Ku pohon padaMu, selamatkan DSNR kami” - antara doa yang tertera di baju penyokong Bekas Perdana Menteri itu.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021
Menurut rakan setugas @UmavathiRamayah yang berada di dalam, prosiding masih belum berjalan. @501Awanipic.twitter.com/COzLv0uRJq
9.27 am-'Doakan Daddy diberi kekuatan dan keadilan' - Nooryana Anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa meminta agar orang ramai mendoakan agar ayahnya itu diberi kekuatan dan keadilan.
Dalam perkongsian hantaran media sosial, Nooryana berkata beliau percaya dan yakin dengan kebenaran di dunia dan akhirat.
8 am-Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi ini tenang dan tiada kehadiran penyokong Najib dilihat hadir atau berkumpul di sini.
Pengamal media mula berkumpul seawal jam 7 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mendengar keputusan rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes #SRC International Sdn Bhd
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2021
Vinoothene pic.twitter.com/ZcFDEcveG0
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!