Banjir 'termenung' di Rantau Panjang kekal 33 mangsa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi Rabu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua mangsa yang menetap di Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan penempatan mereka masih digenangi air hampir satu meter.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Imran Ismail, setakat jam 9 pagi Rabu, Sungai Golok di Rantau Panjang telah menunjukkan bacaan paras normal dan keadaan cuaca ketika ini adalah cerah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!