Israel siap bina 'Tembok Besi'

Penghadang keselamatan di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza siap dibina bagi menghalang penyusupan masuk pejuang Palestin. - Foto AP
Penghadang keselamatan di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza siap dibina bagi menghalang penyusupan masuk pejuang Palestin. - Foto AP
A
A
A

TEL AVIV - Israel pada Selasa mengumumkan bahawa penghadang keselamatan dikenali sebagai 'Tembok Besi' siap dibina di sempadan Gaza yang dilengkapi dengan pengesan bawah tanah, radar, sistem pengawasan maritim dan kamera.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Israel, penghadang sepanjang 65 kilometer dan pagar setinggi enam meter siap dibina selepas kerja-kerja pembinaannya melibatkan tempoh selama lebih tiga tahun.

Namun, rejim Zionis turut memberi amaran bahawa para pejuang Hamas mungkin boleh menyelinap masuk ke dalam Israel melalui terowong yang digali di Gaza.

Menteri Pertahanan, Benny Gantz berkata, struktur itu melibatkan dinding besi bagi memisahkan pergerakan Hamas di Gaza dengan penduduk di selatan Israel.

Israel menegaskan penghadang Gaza itu perlu untuk mengawal ancaman daripada Hamas tetapi para pengkritik menyatakan tahap kemanusiaan yang buruk berlaku di wilayah Palestin itu.

Rejim Zionis itu juga telah membina satu penghadang keselamatan di sepanjang tanahnya yang menghubungkan Tebing Barat, Palestin yang dijajah Israel sejak berakhirnya Perang Enam Hari pada tahun 1967. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!