Guling MB Perak: 'Itu kerja PH, Bukan BN'
Ahmad Saidi
A
A
A
Sebaliknya, Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jong) berkata, perancangan tersebut dilakukan daripada pihak kerajaan.
Katanya, pihak pembangkang bertanggungjawab ke atas segala kenyataan yang dibangkitkan.
"Kebanyakan yang bercakap soal peralihan kuasa ini, mereka menuduh kami pula yang merancang benda ini. Saya nak kata ini, jangan dicabar, yang merancang melakukan perkara ini pihak sebelah sana, jadi jangan cabar kami.
"Saya masih lagi bersama bos saya ketua pembangkang. Kalau Khamis kami dipanggil (polis), Rabu kami dah berkhemah di Balai Polis dah nak cerita pasal perkara ini.
"Saya nak bagi amaran terakhir, janganlah baling batu sembunyi tangan di belakang, bertanggungjawablah dengan apa yang dibuat," katanya ketika sesi perbahasan Bajet Negeri Perak 2019 sempena Sidang Dun Perak, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan terdapat gerakan daripada pihak kerajaan untuk menggulingkan Ahmad Faizal melalui undi tidak percaya selepas beberapa Adun BN dipujuk menyokong usul tersebut.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN dipujuk singkir MB Perak ]
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan beberapa pemimpin PH Perak dan Exco Kerajaan Negeri.
Namun Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengakui wujudnya komplot untuk menjatuhkan Ahmad Faizal itu.
Sementara itu, Ahmad Saidi berkata, kerajaan PH yang lahir pada hari ini hanya mahu mencipta sejarah seperti tindakan mengadakan pendengaran awam oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak.
Katanya, apa yang kita pertikaikan terhadap tindakan itu adalah cara pelaksanaan yang tidak mengikut lunas yang sepatutnya kerana tidak mengikut tatacara dipraktikkan.
"Kalau betul dipanggil sebagai saksi, kenapa perlu nak panggil buat secara terbuka? Ini nampak jelas berniat jahat. Saya baru tahu kerajaan di sebelah sana rupanya hari ini lahir semata-mata nak mencipta sejarah baru.
"Pengerusi PAC yang buat dulu sebelum bentang dalam Sidang Dun dan tak dapatkan kebenaran Yang Dipertua Negeri serta tak dibawa usul ke dalam Dun," katanya.
Beliau berkata, jika ingin mengikut amalan negara Komanwel, sepatutnya tindakan itu perlu dirujuk dengan Parlimen kerana paling dekat dan tidak perlu mencontohi negara Komanwel lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!