Real Madrid miliki kualiti, pengalaman dan komitmen

Aksi Real Madrid, Inter pada Rabu. - foto AP
Aksi Real Madrid, Inter pada Rabu. - foto AP
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan biarpun skuad kendaliannya tidak memiliki ramai pemain ternama, namun tetap memiliki kualiti, pengalaman serta komitmen tingggi daripada setiap pemain.

Menurut Ancelotti, kesemua elemean berkenaan dilihat menjadi kirteria penting bagi skuad Los Blancos itu bagi melakar kemenangan 2-0 pada aksi terakhir saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara, berdepan gergasi Serie A, Iner Milan pada Rabu.

“Pemain telah mempamerkan aksi terbaik dan saya gemar menyaksikan bagaimana kami bertahan dan secara keseluruhanya semua pemain telah memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan ini.

“Mungkin di awal musim kami agak ‘goyah’ tetapi kini kami sudah mula ‘selesa’ dengan mencatatkan kejayaan demi kejayaan sejak kebelakangan ini.

“Sekali gus perkara ini membuktikan hasil daripada segala kerja keras pemain selama ini dan kecemerlangan ini diharapkan berterusan,” katanya.

Pada aks terakhir Kumpiulan D pada Rabu, Toni Kroos menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 sebelum pemain gantian Marco Asensio menambakan gol kedua pada minit ke-70.

Malang buat Inter kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Nicolo Barell dilayangkan kad merah pada minit ke-64.

Sementara itu Ancelotti berkata, tugasanya kini adalah untuk menyaksikan rakaman perlawanan-perlawanan pasukan lain dalam usaha merangka strategi terbaik buat Real Madrid mengharungi saingan kalah mati kelak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia juga tidak terlalu memikirkan lawan yang bakal ditemui pada peringkat kalah mati nanti kerana baginya apa yang penting adalah skuad kendaliannya itu mampu memberikan aksi yang terbaik kelak bagi menjamin kejayaan.

“Saya sebenarnya tidak kisah pasukan mana yang layak kerana objektif secara keseluruhannya adalah untuk mencatatkan kemenangan dan bukan hanya ‘layak’ ke peringkat kalah mati,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!