MyFutureJobs: 414,339 berjaya dapat pekerjaan

Awang Hashim - Foto Bernama
Awang Hashim - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 414,339 daripada 1.25 juta pencari pekerja yang mendaftar melalui MyFutureJobs berjaya mendapatkan pekerjaan setakat 12 November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, portal mencari kerja itu dilancarkan pada tahun lalu.

“Walaupun baharu diperkenalkan, sesungguhnya pencapaian portal MyFutureJobs sewajarnya perlu dihargai dan pastinya pihak kementerian menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan terus menambah baik dari masa ke masa,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang meminta kementeriannya menyatakan mengapakah Perkeso yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (1971) terlibat di dalam skim insurans kenderaan penjawat awam dan MyFutureKJobs.

Mengulas lanjut, Awang berkata, MyFutureJobs merupakan portal pekerjaan nasional yang diperkenalkan untuk membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata, pada 18 Disember 2019, kabinet telah meluluskan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso untuk melaksanakan peranan Perkhidmatan Pekerjaan Awam untuk semua tenaga kerja yang menggantikan JobsMalaysia.

“Kerajaan pada 15 Jun 2020, melalui inisiatif Penjana MyFutureJobs mempunyai mandat untuk menjadi satu Portal Padanan Pekerjaan Nasional yang bertindak sebagai platform pasaran buruh aktif.

“Portal ini adalah terbuka kepada awam dan boleh dilayari secara percuma. Tiada sebarang caj dikenakan kepada pencari kerja dan majikan yang berdaftar menggunakan portal MyFutureJobs berbanding penyedia perkhidmatan pekerjaan swasta lain,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!