Lagos Nigeria isytihar gelombang keempat pandemik Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

ABUJA - Negeri Lagos di Nigeria menyaksikan permulaan gelombang keempat pandemik Covid-19 dan negara itu mungkin akan menghadapi lonjakan jangkitan tidak lama lagi, demikian kata seorang pegawai pada Selasa.

Menurut Agensi Anadolu, Gabenor Negeri Lagos Babajide Sanwo-Olu menegaskan bahawa peningkatan jumlah kes adalah disebabkan kegagalan rakyat mematuhi langkah-langkah pencegahan.

“Kebanyakan benua di dunia termasuk Afrika kini mengalami gelombang keempat pandemik Covid-19. Malangnya, Lagos tidak ketinggalan kerana kami juga mengalami permulaan gelombang keempat dengan kadar positif semasa pada enam peratus,” katanya.

Di Nigeria, varian Omicron dikesan pada enam individu setakat ini. Negara itu mencatatkan 214,896 kes Covid-19 sejak pandemik bermula dan hampir 3,000 orang meninggal dunia akibat virus itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!